Wednesday, June 10, 2009

Laporan Bendahari








Status Keahlian Persatuan


Setakat Bulan Jun 2009, jumlah keahlian adalah seramai 146 orang (pertambahan 24 orang) untuk tahun 2009. Pihak persatuan berharap keahlian ini akan bertambah sehingga penghujung tahun ini dan sasarannya adalah 4o ahli baru. Bagi yang berminat untuk memohon menjadi ahli baru bolehlah download borang keahlian yang boleh diperolehi di http://ppta.azura.blogspot.com/bendahari/borang_ahli dan e-mailkan kepada muhanasz_rie@yahoo.com atau hantar ke alamat bendahari di No. 59, Jalan Telipot 1A/3 beserta bayaran.

Kempen Kutipan Yuran Kali Ke-2 (2009)
(Bersama semua AJK Persatuan)
  • Tarikh: 4 & 5hb Julai 2009
  • Hari: Sabtu - Ahad
**Kutipan Duit T-Shirt (Bagi yang belum jelaskan) juga akan dibuat pada hari yang sama. Kami akan ke rumah anda pada minggu tersebut. Harap maklum dan kerjasama anda amat kami perlukan. Terima kasih.

Promosi T-Shirt, Sport Cap, Tuala, Stiker Kenderaan & Souvenir




Bagi yang berminat untuk membeli sila hubungi Ketua-ketua Lorong atau Bendahari. Kami akan ke rumah anda untuk menunjukkan sampel dan informasi promosi terkini. Kami mengamalkan "customer first & you are always right!..."Just give us a call, we will be at your gate...



















...Lain-lain Promosi Istimewa...

No comments:

Selamat Datang ke Telipot Azura BlogSpot

"Alam blogspot Telipot Azura masih dalam proses pembinaan dan diharap dengan wujudnya laman ini terbukalah satu ruangan untuk semua ahli mahupun individu untuk menyumbang sebarang idea, cadangan mahupun komen membina khususnya kepada pihak Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A dan Surau Al-Kauthar. Semuga ianya mendapat sambutan dan respon positif daripada semua. Terima kasih"

Sejarah Penubuhan Persatuan

Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A telah ditubuhkan pada tahun 2004 (Nombor Pendaftaran: 2172-04-7) oleh Ahli Jawatankuasa Penaja yang diterajui oleh Allahyarham En. Azuwar bin Abu dan pengerusi pertamanya ialah En. Azmi bin Alias. Seterusnya dipangku oleh En. Ahmad Rahimi bin Abdullah. Bagi penggal terkini (2009-2010), perjuangan persatuan ini telah disambung pula oleh En. Mohd Fikri bin Ahmad. Sepanjang tempoh ini, beberapa aktiviti telah diteruskan dan dijalankan (bersama pihak Surau Al-Kauthar) seperti majlis Sambutan Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Program Kawalan Keselamatan & Rondaan Malam, Program Sukan, Program Pemuda & Remaja (aktiviti Kumpulan Kompang Remaja), Program sepanjang Bulan Ramadhan, Ibadah Korban, Gotong-Royong serta Pertandingan Boling Amal dan banyak lagi program yang telah dijalankan, diatur dan telah direncanakan untuk semua.

Ceramah Di Ambang Ramadan Bersama Pengarah KAGAT

Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan 1430H (2009), satu sesi Ceramah Di ambang Ramadhan telah dirancang oleh pihak Ahli Jawatankuasa Surau Al-Kauthar bersama Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A.


Majlis Gotong Royong - Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan

Pihak AJK Surau Al-Kauthar bersama AJK Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A akan menganjurkan satu majlis gotong royong membersihkan sekitar taman pada ketetapan di bawah:-

Hari : Sabtu (15hb Ogos 2009)
Masa : 8.00 pagi
Lokasi Berkumpul : Surau Al-Kauthar

Semua penduduk dijemput bersama-sama menjayakan program gotong royong tersebut. Semuga dengan penglibatan tuan/tuan akan memastikan persekitaran taman terutama Surau kita berada dalam keadaan yang selesa bagi menyambut kehadiran Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Terima Kasih.

Program Terbaru & Terkini

Program Terbaru & Terkini
...untuk lebih lanjut, sila lihat laporan Biro...