Kumpulan Kompang Anak-anak Remaja Telipot Azura 1A
(Sesi 2009)
Kumpulan ini telah ditubuhkan pada awal bulan Mei 2009 dengan sambutan yang diluar dugaan oleh anak-anak remaja Telipot Azura. Keanggotaan terkini seramai 24 pelajar dan diterajui oleh Jurulatih berpengalaman iaitu Saudara Mohd Shamsul Nasiran (yang juga merupakan Ketua Biro Pemuda, PPTA). Latihan diadakan sebanyak 2 kali seminggu selepas solat Isyak (malam Sabtu dan Ahad) dan aktivitinya dipantau oleh AJK Biro Pemuda.
Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan persembahan kompang (untuk majlis-majlis perkahwinan dan sebagainya) bolehlah membuat tempahan sekarang dengan menghubungi En. Mohd Fikri (pengerusi persatuan) ataupun En. Mohd Shamsul Nasiran (Ketua Biro Pemuda).
Pertandingan Futsal Remaja 2009
(anjuran Kemboja)
Pada bulan April yang lepas, satu pertandingan Futsal Remaja telah dianjurkan dan pihak kita ada menghantar wakil yang diuruskan oleh Saudara (anak Kak Ita). Alhamdulillah, walaupun latihan yang kurang oleh disebabkan kesuntukan masa, kita masih berjaya memperolehi tempat yang ke dua dalam pertandingan tersebut. Tahniah daripada pihak persatuan kepada peserta-peserta tersebut bersama jurulatih mereka kerana berjaya memperolehi kemenangan tersebut. Insyaallah satu hari nanti, giliran kita pula akan menganjurkan program-program seperti itu di tempat kita sendiri. Insyaallah.
Ketua Biro: Mohd Shamsul b. Nasiran
Dibantu oleh: Jamaluddin b. Mat Isa
Dibantu oleh: Jamaluddin b. Mat Isa
Program Seni Silat Lincah Telipot Azura 1A
(Majlis Perasmian Gelanggang 2005)
No comments:
Post a Comment