Biro Sukan & Rekreasi
Pertandingan Membina Kerusi Taman (cadangan bulan Jun 09)
Biro Sukan & Rekreasi dengan ini akan menganjurkan satu pertandingan menghasilkan kerusi taman (dijangka dalam bulan Jun 2009) sebagai salah satu usaha untuk menghiasi taman permainan Telipot Azura 1A selaras dengan hasrat Majlis Daerah Hulu Selangor yang telah mengadakan pertandingan Taman Indah dan Kreatif sepanjang tahun 2009. Salah satu objektif pertandingan ini diwujudkan adalah sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan warga telipot (khususnya anak-anak dan wanita) beriadah sambil berehat bersama keluarga di padang permainan yang telah disediakan

Penyertaan ini terbuka kepada semua lorong (ketua-ketua lorong bersama ahli setiap lorong)untuk menghasilkan minima satu kerusi batu (simen) di mana rupa bentuk (design) atau corak adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing (setiap lorong). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada ketua lorong masing-masing.

Cadangan Projek Membina Tapak Gelanggang Pelbagai Guna
Satu tapak Gelanggang Pelbagai Guna (MPC–Multi Purpose Court) khususnya untuk permainan bola tampar, sepak takraw, badminton dan juga sebagai dataran Azura bagi majlis-majlis keraian yang diadakan (dianjurkan) oleh persatuan penduduk akan dibina di penjuru sebahagian padang Taman Permainan Telipot Azura 1A. Cadangan ini merupakan salah satu projek mega anjuran Biro Sukan & Rekreasi, Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A bagi tahun 2009.

Matlamat utama pembinaan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk mempelbagaigunakan taman permainan sedia ada dengan prasarana-prasarana tambahan seperti gelanggang-gelanggang permainan yang lain; membina satu dataran khusus bagi kemudahan sebarang majlis keraian anjuran persatuan penduduk dan surau mahupun warga telipot termasuklah ahli perseorangan yang berminat; mengeratkan hubungan sesama warga telipot melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan kesukanan dalam usaha memupuk semangat muafakat, gotong-royong, kerjasama dan juga perpaduan dan menggalakkan warga telipot (khususnya anak-anak remaja, pemuda mahupun warga emas) beriadah sambil berehat bersama keluarga di padang permainan yang telah disediakan.

Selamat Datang ke Telipot Azura BlogSpot
"Alam blogspot Telipot Azura masih dalam proses pembinaan dan diharap dengan wujudnya laman ini terbukalah satu ruangan untuk semua ahli mahupun individu untuk menyumbang sebarang idea, cadangan mahupun komen membina khususnya kepada pihak Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A dan Surau Al-Kauthar. Semuga ianya mendapat sambutan dan respon positif daripada semua. Terima kasih"
Sejarah Penubuhan Persatuan
Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A telah ditubuhkan pada tahun 2004 (Nombor Pendaftaran: 2172-04-7) oleh Ahli Jawatankuasa Penaja yang diterajui oleh Allahyarham En. Azuwar bin Abu dan pengerusi pertamanya ialah En. Azmi bin Alias. Seterusnya dipangku oleh En. Ahmad Rahimi bin Abdullah. Bagi penggal terkini (2009-2010), perjuangan persatuan ini telah disambung pula oleh En. Mohd Fikri bin Ahmad. Sepanjang tempoh ini, beberapa aktiviti telah diteruskan dan dijalankan (bersama pihak Surau Al-Kauthar) seperti majlis Sambutan Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Program Kawalan Keselamatan & Rondaan Malam, Program Sukan, Program Pemuda & Remaja (aktiviti Kumpulan Kompang Remaja), Program sepanjang Bulan Ramadhan, Ibadah Korban, Gotong-Royong serta Pertandingan Boling Amal dan banyak lagi program yang telah dijalankan, diatur dan telah direncanakan untuk semua.
Ceramah Di Ambang Ramadan Bersama Pengarah KAGAT
Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan 1430H (2009), satu sesi Ceramah Di ambang Ramadhan telah dirancang oleh pihak Ahli Jawatankuasa Surau Al-Kauthar bersama Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A.
Majlis Gotong Royong - Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan
Pihak AJK Surau Al-Kauthar bersama AJK Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A akan menganjurkan satu majlis gotong royong membersihkan sekitar taman pada ketetapan di bawah:-
Hari : Sabtu (15hb Ogos 2009)
Masa : 8.00 pagi
Lokasi Berkumpul : Surau Al-Kauthar
Semua penduduk dijemput bersama-sama menjayakan program gotong royong tersebut. Semuga dengan penglibatan tuan/tuan akan memastikan persekitaran taman terutama Surau kita berada dalam keadaan yang selesa bagi menyambut kehadiran Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Terima Kasih.
...untuk lebih lanjut, sila lihat laporan Biro...
No comments:
Post a Comment