..18-Jun-09, Rabu, 8:45pm
Pembedahan En. Musa (1A/9)
Alhamdulillah, En. Musa (1A/9) telah selamat menjalani pembedahan dan buat masa ini telah ditempatkan di Hospital Sungai Buluh. Bagi sesiapa yang berkelapangan bolehlah menziarahi beliau di Wad 7B, Tingkat 7, Hospital Sungai Buluh. Pihak persatuan mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat pulang ke Telipot dengan seberapa segera.
Aktiviti Ziarah Ahli Yang Sakit
Pihak persatuan ada membuat beberapa siri latihan ziarah ke rumah-rumah keluarga-keluarga ahli yang tidak berapa sihat dan antaranya ialah En. Musa (1A/9), En. Ahmad Salleh (1A/7), En. Sulaiman Kemin (1A/6) dan emak En. Mustapha Albakri (1A/2). Pihak persatuan mendoakan agar ahli-ahli tersebut akan cepat sembuh seperti sedia kala dan kami sentiasa mengharapkan mereka supaya banyak-bayak bersabar dengan segala dugaan yang diterima.

Ucapan Takziah Ke atas Keluarga En. Mustapha Al-Bakri
Pihak persatuan penduduk dan juga Surau Al-Kauthar dengan ini merakamkan ucapan takziah di atas pemergian bonda tercinta En. Mustapha Al-Bakri baru-baru ini. Semuga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. Insyaallah. "AL-FATIHAH"
Pertandingan Boling Amal Telipot Azura 2009
(Tarikh: 16 April 2009 - BBGolf Club
Satu pertandingan boling amal telah diadakan baru-baru ini di Bukit Beruntung Golf Club. Antara objektif utama pertandingan ini dianjurkan adalah antaranya untuk mengumpul dana bagi Biro Kebajikan. Antara lainnya, dengan wujudnya program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ahli dan juga antara penduduk.
Group Juara: "eksen la tu... macam la hebat sangat...jgn mare! Apa-apapun, Tahniah!
(betul... ini betul2 ni bukan cobaan...)
Ketua Biro: Mohd Badrul Munir b. Mohd Nadzri
Dibantu: Sidek b. Ahmad
Majlis Gotong Royong Perdana 2005
Majlis Jamuan Hari Raya 2004
1 comment:
gambar raya mana, tak siap lagi ke.
Post a Comment