Wednesday, June 10, 2009

Biro Kebajikan

..18-Jun-09, Rabu, 8:45pm
Pembedahan En. Musa (1A/9)

Alhamdulillah, En. Musa (1A/9) telah selamat menjalani pembedahan dan buat masa ini telah ditempatkan di Hospital Sungai Buluh. Bagi sesiapa yang berkelapangan bolehlah menziarahi beliau di Wad 7B, Tingkat 7, Hospital Sungai Buluh. Pihak persatuan mendoakan agar beliau cepat sembuh dan dapat pulang ke Telipot dengan seberapa segera.

Aktiviti Ziarah Ahli Yang Sakit

Pihak persatuan ada membuat beberapa siri latihan ziarah ke rumah-rumah keluarga-keluarga ahli yang tidak berapa sihat dan antaranya ialah En. Musa (1A/9), En. Ahmad Salleh (1A/7), En. Sulaiman Kemin (1A/6) dan emak En. Mustapha Albakri (1A/2). Pihak persatuan mendoakan agar ahli-ahli tersebut akan cepat sembuh seperti sedia kala dan kami sentiasa mengharapkan mereka supaya banyak-bayak bersabar dengan segala dugaan yang diterima.Bold

Ucapan Takziah Ke atas Keluarga En. Mustapha Al-Bakri

Pihak persatuan penduduk dan juga Surau Al-Kauthar dengan ini merakamkan ucapan takziah di atas pemergian bonda tercinta En. Mustapha Al-Bakri baru-baru ini. Semuga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. Insyaallah. "AL-FATIHAH"


Pertandingan Boling Amal Telipot Azura 2009
(Tarikh: 16 April 2009 - BBGolf Club

Satu pertandingan boling amal telah diadakan baru-baru ini di Bukit Beruntung Golf Club. Antara objektif utama pertandingan ini dianjurkan adalah antaranya untuk mengumpul dana bagi Biro Kebajikan. Antara lainnya, dengan wujudnya program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara ahli dan juga antara penduduk.





Group Juara: "eksen la tu... macam la hebat sangat...jgn mare! Apa-apapun, Tahniah!

Group Juara jugak: Juara Gelak (terutamanya sebelah kanan sekali..TW)


Bold
Group Juara Jugak: tapi..Juara apa ntah!

Group Juara ke? Entahle...


Ha.. ni baru betul2 Group Juara: Juara....(tak ingatla..kategori apa)

Ini Group JuWara (yang tak juara)


Last sekali, ni satu-satunya group yang tak juara tapi... ianya Group 2nd Juara
(betul... ini betul2 ni bukan cobaan...)



Ketua Biro: Mohd Badrul Munir b. Mohd Nadzri
Dibantu: Sidek b. Ahmad


Majlis Gotong Royong Perdana 2005


Majlis Jamuan Hari Raya 2004


1 comment:

Anonymous said...

gambar raya mana, tak siap lagi ke.

Selamat Datang ke Telipot Azura BlogSpot

"Alam blogspot Telipot Azura masih dalam proses pembinaan dan diharap dengan wujudnya laman ini terbukalah satu ruangan untuk semua ahli mahupun individu untuk menyumbang sebarang idea, cadangan mahupun komen membina khususnya kepada pihak Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A dan Surau Al-Kauthar. Semuga ianya mendapat sambutan dan respon positif daripada semua. Terima kasih"

Sejarah Penubuhan Persatuan

Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A telah ditubuhkan pada tahun 2004 (Nombor Pendaftaran: 2172-04-7) oleh Ahli Jawatankuasa Penaja yang diterajui oleh Allahyarham En. Azuwar bin Abu dan pengerusi pertamanya ialah En. Azmi bin Alias. Seterusnya dipangku oleh En. Ahmad Rahimi bin Abdullah. Bagi penggal terkini (2009-2010), perjuangan persatuan ini telah disambung pula oleh En. Mohd Fikri bin Ahmad. Sepanjang tempoh ini, beberapa aktiviti telah diteruskan dan dijalankan (bersama pihak Surau Al-Kauthar) seperti majlis Sambutan Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Program Kawalan Keselamatan & Rondaan Malam, Program Sukan, Program Pemuda & Remaja (aktiviti Kumpulan Kompang Remaja), Program sepanjang Bulan Ramadhan, Ibadah Korban, Gotong-Royong serta Pertandingan Boling Amal dan banyak lagi program yang telah dijalankan, diatur dan telah direncanakan untuk semua.

Ceramah Di Ambang Ramadan Bersama Pengarah KAGAT

Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan 1430H (2009), satu sesi Ceramah Di ambang Ramadhan telah dirancang oleh pihak Ahli Jawatankuasa Surau Al-Kauthar bersama Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A.


Majlis Gotong Royong - Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan

Pihak AJK Surau Al-Kauthar bersama AJK Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A akan menganjurkan satu majlis gotong royong membersihkan sekitar taman pada ketetapan di bawah:-

Hari : Sabtu (15hb Ogos 2009)
Masa : 8.00 pagi
Lokasi Berkumpul : Surau Al-Kauthar

Semua penduduk dijemput bersama-sama menjayakan program gotong royong tersebut. Semuga dengan penglibatan tuan/tuan akan memastikan persekitaran taman terutama Surau kita berada dalam keadaan yang selesa bagi menyambut kehadiran Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Terima Kasih.

Program Terbaru & Terkini

Program Terbaru & Terkini
...untuk lebih lanjut, sila lihat laporan Biro...