Bulan Ramadhan 1430H
Pihak AJK Surau Al-Kauthar dan Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua kariah Telipot Azura. Semuga kedatangan Ramadhan tahun ini membawa berkat dan rahmat kepada kita semua, Insyaallah.


Program Bulan Ramadhan
Biro Agama & Dakwah bersama Ajk Surau Al-Kauthar mengadakan aktiviti-aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadhan seperti Solat Tarawikh, Majlis Tahlil & Bacaan Yasin, Ceramah Agama, Tadaruss Al-Quran, More dan beberapa majlis lain bagi memenuhi sepanjang bulan Ramdhan. Aktiviti-aktiviti ini alhamdulillah mendapat sambutan yang cukup baik daripada Kariah Telipot sepanjang bulan Ramadhan.
More
Tahlil & Bacaan Yasin
Ceramah Agama
Majlis Diambang Ramadhan 2008
Majlis Ibadah Korban 2008
Alhamdulillah, majlis Korban pada tahun 2008 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan sambutan yang diterima juga amat menggalakkan daripada penduduk telipot. Tahun ini, pihak surau kita berjaya menganjurkan ibadat korban untuk 2 ekor lembu yang dikorbankan oleh kariah kita. Pihak Surau dan persatuan berharap, tahun depan kita dapat meneruskan aktiviti-aktiviti ini dengan lebih baik lagi.
Kelas & Kuliah Pengajian
Surau Al-Kauthar menganjurkan kelas & kuliah pengajian secara mingguan seperti Ceramah Agama, Majlis Bacaan Yassin & Tahlil, Kuliah Subuh, Majlis Ilmu, Kuliah Fardhu Ain, Majlis Ziarah dan sebagainya. Setiap program yang telah diatur memerlukan penyertaan daripada kariah bagi memastikan program tersebut berjaya dan mencapai matlamatnya. Oleh yang demikian semua penduduk dijemput hadir sama-sama menjayakan program-program tersebut. Berikut merupakan program-program yang telah diatur secara mingguan iaitu:
- Khamis (malam Jumaat) - Majlis Bacaan Yassin
- Selasa (Malam Rabu) - Majlis Ziarah (dipimpin oleh Ustaz Mohd Aufa)
- Khamis (malam Jumaat Minggu ke-3) - Ceramah Agama (oleh Ustaz Amran)
- Sabtu (malam Ahad) - Kuliah Ilmu (oleh Ustaz Mohd Ramzi)
- Ahad (Subuh Minggu ke-2) - Kuliah Subuh (oleh Ustaz Zaidi)

No comments:
Post a Comment