Wednesday, June 10, 2009

Biro Keselamatan

Penguatkuasaan Penggunaan Stiker Kenderaan
Mesyuarat AJK Persatuan Penduduk Kali Ke-2 pada 2 Julai 2009 yang lalu telah memutuskan mewajibkan penggunaan stiker kenderaan bagi semua penduduk untuk tujuan keselamatan. Penguatkuasaan ini bertujuan bagi memudahkan pihak AJK Kawalan Keselamatan dan Rondaan Taman mengenalpasti kenderaan keluar masuk taman terutamanya selepas jam 12.00 malam.

Sila berhubung dengan ketua lorong masing-masing atau berhubung terus dengan Ketua Keselamatan (En. Azmi b. Atan - No. 5, Jalan 1A/1) atau Bendahari Persatuan (En. Muhamad Nazri b. Salleh - No. 59, Jalan 1A/3) untuk urusan pembelian stiker tersebut. Kerjasama semua penduduk adalah diharapkan bagi memastikan keadaan taman kita terkawal dan selamat.
Program Kawalan Keselamatan Telipot Azura

Program kawalan keselamatan secara berjadual ini telah diwujudkan semula oleh Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A–sesi 2009/2010 bagi tujuan pencegahan dan juga keselamatan taman daripada anasir-anasir yang tidak diingini seperti kes pecah rumah, pencurian, samun, maksiat (khalwat) dan sebagainya. Program ini juga adalah sebagai persediaan dalam usaha penubuhan program rukun tetangga di kawasan Telipot Azura. Penglibatan semua adalah amat-amat diperlukan bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Penglibatan adalah wajib bagi semua penduduk telipot iaitu tuan-tuan dijadualkan hanya sekali dalam sebulan. Keperihatinan tuan-tuan adalah menjadi keutamaan pada keselamatan kita semua. "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". "Muafakat membawa berkat"
*bagi mendapatkan salinan penuh Jadual Rondaan sila download fail melalui http://ppta.azura.blogspot.com/biro_keselamatan.jadual_rondaan
(...dalam proses...)


Pondok Kawalan Keselamatan Telipot Azura 1A
& Wakaf Riadah





Pondok keselamatan dan juga dalam masa yang sama sebagai wakaf riadah ini telah dibina pada bulan Mei 2009 hasil daripada sumbangan duit dan barangan terutamanya daripada penduduk telipot dan juga dana persatuan. Pihak kita juga telah memohon sumbangan daripada pihak YB dan alhamdulillah permohonan tersebut telah diluluskan dan memdapat suntikan dana tambahan daripada pihak YB Mat Isa (Adun Batang Kali). Diharapkan dengan wujudnya pondok kawalan ini, akan memudahkan lagi usaha-usaha pihak persatuan dalam menguruskan program kawalan taman kita.


Pemasangan 3 unit ‘Palang Besi Jalan’ Di Jalan Masuk
Berhadapan Unit Rumah No. 51 Jalan 1A/1, No. 15 Jalan 1A
& Pintu Masuk Utama (1A/10)

Untuk makluman semua penduduk Telipot Azura, pemasangan ‘palang besi jalan’ ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha dari pihak persatuan penduduk untuk pencegahan dan kawalan keselamatan taman ini terutamanya pada musim-musim perayaan (sebelah malam). Sehubungan dengan itu, ‘palang besi jalan’ ini akan di buka seawal pagi (sukarela) dan akan di tutup setiap hari pada jam 12.00 malam kecuali palang pada pintu utama yang sentiasa dibuka kecuali ketika waktu-waktu kecemasan keselamatan.

Bagi yang berminat untuk memiliki satu salinan anak kunci ‘palang besi jalan’ ini atau ada sebarang kemuskilan dan pertanyaan berkaitan perkara ini bolehlah berjumpa atau berhubung terus dengan pengerusi keselamatan.



...Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Balai Sentosa...
...Program Pencegahan Jenayah & Maksiat...

2 comments:

Anonymous said...

tumpang lalu..

Sistem sewaan barrier gate
Kami menyewakan sistem ini dengan kadar yang berpatutan.pihak pelanggan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli peralatan ini.Pihak pelanggan juga tidak perlu membuat bayaran sekiranya sistem rosak, pelanggan hanya perlu membayar sewaan apabila sistem berfungsi.

Tempoh sewaan-minima satu tahun.

Deposit-tiada diposit (cagaran tidak di perlukan).

kadar sewaan-bergantung pada jumlah alat yang hendak di pasang dan kecanggihan alat berkenaan.Kadar berbeza-smart kad-midrange reader-dan smart tag.

kaedah beroperasi -pemandu akan menyetukan kad pada alat pembaca kad.Palang akan terbuka secara automatik.Selepas kenderaan melepasi palang(barrier gate).Palang akan tertutup secara automatik.Semua data pemandu akan di rekodkan di dalam sistem computer . Berminat hubungi saya melalui telefon(013-4525252) atau email nurdin2020@gmail.com . Saya akan datang ke lokasi pelanggan untuk perbincangan lanjut.

Anonymous said...

Inactive blog ?

Selamat Datang ke Telipot Azura BlogSpot

"Alam blogspot Telipot Azura masih dalam proses pembinaan dan diharap dengan wujudnya laman ini terbukalah satu ruangan untuk semua ahli mahupun individu untuk menyumbang sebarang idea, cadangan mahupun komen membina khususnya kepada pihak Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A dan Surau Al-Kauthar. Semuga ianya mendapat sambutan dan respon positif daripada semua. Terima kasih"

Sejarah Penubuhan Persatuan

Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A telah ditubuhkan pada tahun 2004 (Nombor Pendaftaran: 2172-04-7) oleh Ahli Jawatankuasa Penaja yang diterajui oleh Allahyarham En. Azuwar bin Abu dan pengerusi pertamanya ialah En. Azmi bin Alias. Seterusnya dipangku oleh En. Ahmad Rahimi bin Abdullah. Bagi penggal terkini (2009-2010), perjuangan persatuan ini telah disambung pula oleh En. Mohd Fikri bin Ahmad. Sepanjang tempoh ini, beberapa aktiviti telah diteruskan dan dijalankan (bersama pihak Surau Al-Kauthar) seperti majlis Sambutan Maulidur Rasul, Israk Mikraj, Program Kawalan Keselamatan & Rondaan Malam, Program Sukan, Program Pemuda & Remaja (aktiviti Kumpulan Kompang Remaja), Program sepanjang Bulan Ramadhan, Ibadah Korban, Gotong-Royong serta Pertandingan Boling Amal dan banyak lagi program yang telah dijalankan, diatur dan telah direncanakan untuk semua.

Ceramah Di Ambang Ramadan Bersama Pengarah KAGAT

Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan 1430H (2009), satu sesi Ceramah Di ambang Ramadhan telah dirancang oleh pihak Ahli Jawatankuasa Surau Al-Kauthar bersama Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A.


Majlis Gotong Royong - Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan

Pihak AJK Surau Al-Kauthar bersama AJK Persatuan Penduduk Telipot Azura 1A akan menganjurkan satu majlis gotong royong membersihkan sekitar taman pada ketetapan di bawah:-

Hari : Sabtu (15hb Ogos 2009)
Masa : 8.00 pagi
Lokasi Berkumpul : Surau Al-Kauthar

Semua penduduk dijemput bersama-sama menjayakan program gotong royong tersebut. Semuga dengan penglibatan tuan/tuan akan memastikan persekitaran taman terutama Surau kita berada dalam keadaan yang selesa bagi menyambut kehadiran Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Terima Kasih.

Program Terbaru & Terkini

Program Terbaru & Terkini
...untuk lebih lanjut, sila lihat laporan Biro...